Thursday, February 17, 2011

Kem Pemimpin Di Kolej Tinggi Mara, Alor Gajar









Tarikh : 11 & 12 Februari 2011
Tempat : Kolej Tinggi Kemahiran Mara, Alor Gajah
Penyelaras : Encik Azizul Jamin
Kem Komander : Encik Asmaniza Mohamed

Ulasan:
Seramai 40 orang pengawas sekolah bertuah dipilih mengikut Kem Kepimpinan. Pelbagai aktiviti menarik telah kami lalui. Antaranya ice breaking dikendalikan oleh 9W2CKJ,9W2DZA & 9W2PTR, LDK Pemimpin Contoh oleh Cik Wazilawati Wahab (Kaunselor KKTM), takzirah pemimpin oleh Iman 2 Masjid Ramuan China Besar (En. Abd. Rahim Abd. Jalal), En. Abd. Malek Taha (JU Sistem Displin Sekolah JPM) dan Mohd Shah Aziz (Kaunselor SMK Ghafar Baba). Terima kasih kepada semua guru dan staf SKRCB yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini...seronoknya.........

Sunday, January 30, 2011

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah,PSS & SPBT 2011



Majlis perlantikan ini diadakan pada 24 JANUARI 2011/1432 H.Majlis ini dirasmikan oleh Puan Mas Ermieyati bt Samsudin 'Setiausaha Khas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Puteri Umno Melaka' yang juga merupakan bekas pelajar SK Ramuan China Besar. Upacara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku , Melaka Maju Jaya , Wawasan Pendidikan Melaka , Lagu Sekolah dan Bacaan AsmaulHusna.         
                 Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Rukun Negara , ucapan guru bertugas , ucapan guru besar dan ucapan daripada perasmi.Guru besar menyatakan bahawa pengawas tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atas murid lain melainkan memberi amaran.Perasmi pula menyatakan bahawa pengawas adalah contoh kepada murid lain.Seterusnya,acara penyerahan sijil kepada wakil bagi setiap badan pengawas.Wakil pengawas sekolah ialah Nur Zafirah Aida , wakil pustakawan Muhammad Zulhelmi dan wakil pengawas SPBT ialah Muhammad Faiz.  
                   Bacaan Aku Janji Sumpah Setia Pengawas pula diketuai oleh ketua pengawas iaitu Nur Zafirah Aida.Selepas bacaan Aku Janji Sumpah Setia Pengawas majlis bersurai.

Renungan:
                    "He who has never learned to obey cannot be good commander"
                    "Seseorang yang tidak pernah belajar untuk mematuhi perintah , tidak akan menjadi seorang pemimpin yang baik"
           
ARISTOTLE



Jom Layari Blog Pengawas SKRCB

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini. Blog ini dibina dengan harapan mewar-warkan aktiviti pengawas SK Ramuan China Besar.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar SK Ramuan China Besar, Puan Pouziah Ghani, guru disiplin cikgu Azizul , guru ICT 9W2CKJ, guru-guru,staf sokongan dan rakan-rakan kerana memberi sokongan dalam usaha menjadikan blog sebagai penghubung dan pemberi maklumat.

Sekian, terima kasih.

Nur Zafirah Aida Ahmad Nor Khushairi
Ketua Pengawas SK Ramuan China Besar
2011 / 1432 Hijrah