Sunday, January 30, 2011

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah,PSS & SPBT 2011



Majlis perlantikan ini diadakan pada 24 JANUARI 2011/1432 H.Majlis ini dirasmikan oleh Puan Mas Ermieyati bt Samsudin 'Setiausaha Khas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Puteri Umno Melaka' yang juga merupakan bekas pelajar SK Ramuan China Besar. Upacara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku , Melaka Maju Jaya , Wawasan Pendidikan Melaka , Lagu Sekolah dan Bacaan AsmaulHusna.         
                 Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Rukun Negara , ucapan guru bertugas , ucapan guru besar dan ucapan daripada perasmi.Guru besar menyatakan bahawa pengawas tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atas murid lain melainkan memberi amaran.Perasmi pula menyatakan bahawa pengawas adalah contoh kepada murid lain.Seterusnya,acara penyerahan sijil kepada wakil bagi setiap badan pengawas.Wakil pengawas sekolah ialah Nur Zafirah Aida , wakil pustakawan Muhammad Zulhelmi dan wakil pengawas SPBT ialah Muhammad Faiz.  
                   Bacaan Aku Janji Sumpah Setia Pengawas pula diketuai oleh ketua pengawas iaitu Nur Zafirah Aida.Selepas bacaan Aku Janji Sumpah Setia Pengawas majlis bersurai.

Renungan:
                    "He who has never learned to obey cannot be good commander"
                    "Seseorang yang tidak pernah belajar untuk mematuhi perintah , tidak akan menjadi seorang pemimpin yang baik"
           
ARISTOTLE



No comments:

Post a Comment